Thursday, 3 September 2015

Kek Batik Brownies



KEK BATIK BROWIES

Bahan-bahan;

250gm packet milo
1 tin susu cair
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie
kacang yang telah di blend kasar2

untuk topping resepi sama dengan brownies princess


Cara-cara;

masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)

cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil .kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min) ,bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie pastu terus angkat .

masukkan ke dalam loyang selang seli kan dengan kacang dan mampatkan pastu, letakkkan topping coklat di atsnya kemudian sejukkan.

Selamat Mencuba .

~sumber~

Mee Hailam




RESEPI MEE HAILAM

Bahan-Bahannya:

1. 600 gm mee kuning
2. 100 gm isi ayam - hiris nipis
3. 100 gm udang
4. 250 gm sawi hijau - potong kecil
5. 100 gm bunga kubis - hiris
6. 100 gm kobis - hiris
7. 1 biji cili merah - mayang
8. 1 sudu besar serbuk lada hitam
9. 3 sudu besar kicap pekat
10. 3 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu besar minyak
12. 1 cawan air
13. 4 ulas bawang putih - ketuk

Bahan hiasan :

1. 3 batang daun sup - potong pendek
2. 3 batang daun bawang - potong pendek
3. 1 biji cili merah - hiris
4. garam - jika perlu



Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau hingga rata. Resepi Sheila Rusly

2. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau hingga rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau hingga rata.

3. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili merah. Sedia dihidangkan.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba

Milo Bowl Cake



4 tablespoons self-raising flour
4 tablespoons cocoa powder (Milo)
4 tablespoons sugar
1 beaten egg
3 tablespoons milk
4 tablespoons oil

Microwave for 3 mins


~source : BuzzFeed Oz~

Sambal Petai Udang



SAMBAL UDANG PETAI 

Bahan-bahan

Segenggam cili kering (bergantung kepada tahap kepedasan masing masing, potong pendek rebus atas api dulu sampai mendidih) *
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 tangkai serai *
Secubit belacan *
20 ekor udang size XL
Hirisan bawang besar
3 papan petai (bijinya dipotong dua)
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda * dikisar halus


Cara-cara

1. Tumis bahan kisar sehingga harum. Teruskan kacau sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga cili sedikit garing dan pekat.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan juga petai. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, boleh tambahkan air mengikut citarasa masing masing.
4. Masukkan udang. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!! 


~sumber~

Wednesday, 2 September 2015

Daging Tumis Pedas




DAGING TUMIS PEDAS 

✔ 1. 1kg daging (rebus sampai empuk )
✔ 2. Bawang merah 
✔ 3. Bawang putih 
✔ 4. Halia
✔ 5. Setengah sudu biji ketumbar
✔ 6. Cili api
✔ 7. Kunyit hidup
(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

cara2nya

✔ Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang,

selamat mencuba


~sumber~

Kek Kukus Rainbow




Kek Kukus Warna Warni

Bahan-bahan : 

5 biji telur grade A - dari peti ais
200 gram gula kastor
220 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan yang digemari

Cara-cara :

1. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih. Alas loyang persegi dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada.
2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak dan pewarna masakan.
3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 - 6 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
4. Sudukan adunan berselang seli warna secara bertompok-tompok dan lorek dengan dengan lidi sate dan kukus selama 5 - 7 minit dengan api perlahan.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus lagi. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit dan tutup penutup kukusan dengan kain bersih.
6. Setelah kek masak biarkan di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya kek sejuk sepenuhnya



~sumber~

Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas




Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas, Resepi terbaik untuk penggemar udang dan masak lemak cili api. Tak cukup cili padi byk tu..pandai2 lah tambah ikut tekak masing2 wink emoticon

Bahan-Bahan:

1/2 kilogram udang
Bahan untuk di kisar:
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 1/2 inci kunyit hidup
15 biji cilipadi
Bahan-bahan lain:
garam dan gula
2 batang serai
3 cawan santan
1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan
Cara Penyediaan:

Bahan kisar di masukkan kedalam periuk
Masukkan nenas,bersama santan dan serai, masak sehingga nenas lembut
Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
Tutup api dan hidangkan.

Selamat Mencuba